1.
Definisi
politik realita dasar dan syari’ah
Politik, realitanya pasti berhubungan dengan masalah mengatur
urusan rakyat baik oleh negara maupun rakyat. Sehingga definisi dasar menurut
realita dasar ini adalah netral(tidak memihak salah satu). Hanya saja tiap
ideologi (kapitalisme, sosialisme, dan Islam) punya pandangan tersendiri
tentang aturan dan hukum mengatur sistem politik mereka. Maka munculah
pengertian politik yang mengandung pandangan hidup tertentu dan tidak lagi
netral.
Adapun
definisi politik dari sudut pandang Islam adalah pengaturan urusan-urusan
(kepentingan) umat baik dalam negeri maupun luar negeri berdasarkan hukum-hukum
Islam. Pelakunya bisa negara (khalifah) maupun kelompok atau individu rakyat.
2.
Dalil wajib
berpolitik
·
Firman Allah
SWT yang artinya:
“Maka
putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang
telah datang kepadamu” (QS. Al-Maidah [105]:48) Dan juga firman ALLAH SWT yang
berbunyi : “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah
orang-orang yang beruntung” (QS. Ali Imran [03]: 104).
·
Dari Abu
Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
“Adalah
Bani Israel, para Nabi selalu mengatur urusan mereka. Setiap seorang Nabi
meninggal, diganti Nabi berikutnya. Dan sungguh tidak ada lagi Nabi selainku.
Akan ada para Khalifah yang banyak” (HR Muslim). Dan (“Imam adalah seorang
penggembala dan ia akan dimintai pertanggungjawaban atas gembalaannya”.)
3.
Sistem
perlantikan
Sistem perlantikan khalifah sebagai menarik. Ini kerana terdapat
dua peringkat lantikan. Pertama perlantikan khalifah yang baru dan yang kedua lafaz
taat setia dari semua para sahabat. Seseorang khalifah yang terpilih biasanya
dicalonkan oleh seorang atau lebih daripada sahabat. Majlis Syura mencalon dan
melantik secara langsung dari hasil bulat suara pemenang.
siapa
saja didalam Majlis Syura boleh menyanggah ketika pencalonan. Tetapi ia mesti
menerima keputusan mayority( yang lebih banyak ). Jika terdapat ahli yang tidak
menyetujui pelantikan ia mesti mengangkat lafaz ikrar bersama. Sistem pelantikan
kulafa al-Rasyidin menampak satu kecenderungan. Ialu kecenderungan yang lebih
berbentuk demokrasi dan republik. Di mana sentimen perkauman dan perkelompokan dapat
dihapuskan.
4.
Tugas
khalifah
Tugas utama khalifah ialah berfungsi sebagai Ketua Negara Islam
maupun non islam untuk zaman sekarang melalui system pelantikan yang telah
dibincangkan terlebih dahulu. Ia bebas dari sebuah kawalan dalam parlemen atau
badan politik. Namun demikian tidak berarti ia bebas dari melakukan sesuka hati
dan mempunyai kuasa yang tidak tebatas. Kerana Al-Quran dan sunnah adalah
merupakan panduan yang membimbing dan mengawal segala tindakan khalifah.
Khulafa al-Rasyidin amat berbeda dari Rasulullah s.a.w. dari satu aspek yaitu
mereka tidak mempunyai tugas-tugas kerasulan namun demikian mereka mempunyai
tugas keagamaan yang tersendiri(menjadi imam didalam sembahyang, membaca
khutbah). Mereka juga bertugas sebagai ketua panglima tentara. Mereka
bertanggungjawab melantik penglima-panglima tentara dan menghantar
pasukan-pasukan tentara keluar negeri untuk menentang musuh-musuh islam.
Kadang-kadang mereka sendiri yang memimpin tentara apabila berperang.
Sepertimana yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin khattab al-faruq dalam
peperangan Qadisiyah.
5.
Majelis
syura
Majlis Syura adalah tempat rujukan kepada khulafa al-Rasjidin
sebelum mendapat suatu keputusan penting seperti pemilihan panglima-panglima
tentara dan serangan-serangan terhadap musuh. Mereka sekaligus berfungsi
sebagai hakim. Diperingkat wilayah jabatan hakim disandang gubernur - gubernur
yang dilantik oleh mereka. Dizaman khulafa al-rasyidin antara tugas kehakiman
dan pentadbiran( pengawasan ) tidak akan terpisah untuk terciptanya keadilan.
Tetapi mulai zaman Umar bin khattab al-faruq. Perpisahan antara jabatan
pentadbiran dengan jabatan kehakiman terpaksa dilakukan. Segalanya bermula dari
pertambahan keluasan wilayah-wilayah islam yang menyebabkan bertambahnya beban
dalam kadar diluar keupayaan bagi menghauskan jabatan itu disandang oleh gubernur.
Justru itu beberapa hakim telah dilantik oleh Umar untuk mengatasi masalah ini.
Khulafa al-Rasyidin juga mempunyai tanggungjawab untuk mengurus pemungutan
hasil dalam negeri, Pembinaan infranstruktur seperti pembinaan hasil tali-tali
air dan sebagainya. Dalam banyak hal Khalifah Abu Bakar dan Umar kerapkali
berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura sebelum melakukan sesuatu
tindakan.
6.
Tugas
Majlis Syura
Majlis Syura adalah merupakan satu badan perundingan yang
dianggotai oleh para sahabat Rasulullah yang terdekat. Majlis inilah yang
menjadi badan penasihat apabila dirujuk oleh Khalifa al-Rasyidin dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran negara Islam. Penubuhanya adalah sebagai pematuhan
kepada perintah al-Quran sendiri. Diantara ayat yang menjelaskan hal ini ialah
:
“
maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu(muhammad) berlaku lemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka
menjauhkan diri dari sekeliling mu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah
ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian
apabila kamu telah membulat tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesunguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya(al imran[3]159). Merujuk
kepada kepada Majlis Syura bukan saja dilakukan oleh khulafa al-Rasyidin, malah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang dari masa ke semasa sentiasa mendampingi
para sahabat setianya dan berunding dalam banyak perkara dalam melakukan suatu
tindakan khususnya perkara yang tidak dijelaskan oleh Al-Quran.
Didalam
perkembangan Majlis Syura dijelaskan oleh Profesor K Ali tidak terdapat
sebarang formula. Juga tidak mempunyai satu jumlah tetap tentang jumlah
ahlinya. Biasanya golongan sahabat Muhajirin menjadi keras kepada Majlis syura
dan disertai juga oleh sahabat dari golongan ansar. Malah siapa juga boleh
menjadi ahlinya Berdasarkan keperluan semasa. Dimana pernah dikatakan rakyat
biasa dan tamu yang menziarahi Madinah pernah diundang untuk menyertai
musyawarah majlis tersebut. Musyawarh diadakan dimasjid Nabawi. Apabila ia
hendak diadakan pengumuman disampaikan kepada semua ahli majlis tersebut. Nasihat
Majlis Syura diutamakan oleh Khulafa al-Rasyidin dalam melaksanakan
pemerintahan dan pentadbiran negara Islam khusus didalam memilih panglima
tentera, gubernur, pegawai kanan, kadar cukai yang harus dikenakan, jabatan-jabatan
baru yang harus diwujudkan dan sebagainya. Majlis Syura sama saja kedudukanya
dengan khalifah dari segi syariah dimana mereka berada dibawah perintah
al-Quran dan Sunnah.
7.
Pentadbiran(
penguasaan ) Wilayah
Umar disifatkan oleh Profesor K. Ali sebagai pengasas pentadbiran
politik negara Islam dalam arti kata yang sebenarnya. Dibawah pemerintahannya
negara Islam dibahagikan kepada wilayah untuk memudahkan pentadbiran yaitu
Mekah, Madinah, Syiria, Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir, dan Palestine. Setiap
wilayah ini diketuai oleh seorang gubernur yang menjalankan tugas yang sama
sepertimana yang dilakukan oleh Umar di Madinah.
Pegawai-pegawai
lain juga dilantik diwilayah-wilayah tersebut dibawah penyelian gubernur.
Setiap pegawai yang dilantik seperti Amil untuk memungut hasil negara diberikan
setara tugas dan tanggungjawab serta batas-batas kekuasaan masing-masing. Harta
mereka disetarakan oleh gubernur untuk mengelakan penyelewengan kuasa
rasulullah dan sebagainya. jika setelah memegang jabatan itu dalam jangka masa
tertentu didapati harta mereka luar biasa jumlahnya ia akan dirampas dan
dipecat oleh Umar. Umar pernah merampas harta Abu Hurairah dan Amru bin As. Kadi
{ pemimpin kampung } yang dilantik oleh Umar ditetapkan jumlah gajinya dan
ditetapkan juga tugas-tugasnya disamping sebagai hakim dan pengurusan
pentadbiran kehakiman, ia juga mengurushan urusan wakaf seperti masjid, madratsah
dan sebagainya. Terdapat jawbatan lain dizaman Umar yaitu kaatab Ad-Diwan dan
Sahib Baitulmal, yang pertama menguruskan tulisan dan kedua menguruskan
kewangan.
8.
Polis
Tanggungjawab memelihara keselamatan awam negara Islam atau
tugas-tugas polis dipikul besama oleh masyarakat awam secara umum. Namun
demikian, Umar telah memperkenalkan pasukan kawalan malam dan ronda. Dizaman
pemerintahan Ali system polis diperkenalkan.
9.
Tentara
Dizaman khulafa al-Rasyidin tentara terbagi kepada beberapa bagian
seperti pasukan berkuda, pasukan berjalan kaki, pasukan perkhidmatan, pasukan
peninjau dan peninjau sayap belakang Seorang ketua kumpulan dilantik bagi setiap
sepuluh orang tentara. Dari segi persenjataan pula tentara Islam dizaman
khalifah al-Rasyidin memakai perisai, pedang, tombak dan panah. Pasukan berkuda
memakai baju besi dan topi besi Pasukan berjalan kaki memakai seluar dan kasut
sepeti orang Afghanistan dan Punjab. Dijelaskan oleh Profesor K. Ali pakaian
tentera eropa pada hari ini meniru pakaian tentara Islam dizaman Khulafa
al-Rasyidin. Semasa peperangan gendang digunakan. Pusat-pusat kementrian tentara
yang terbesar di zaman khulafa al-Rasyidin ialah Basrah, Kufah, Fustat,
Qairawan dan Mansurah. Khulafa al-Rasyidin juga berusaha bagi memberikan segala
kemudahan bagi keselamatan tentara Islam. Perhatian khusus diberikan bagi
memastikan kesehatan tentara Islam berada diparas yang memuaskan. Blok tentera
Islam dikatakan luas dan selesai dan dibina ditempat-tempat yang terjamin kesehatan
alam sekitar. Setiap tentara diletakan dibawah jagan dokter untuk menjaga kesehatanya.
Tentara Islam pada masa itu dibayar gaji dari zakat dan cukai. 600 dirham adalah
gaji putra bagi seorang tentara dalam masa setahun. Keluarga tentara juga
diberikan makanan, pakaian dan kasur percuma. Selepas berlaku sesuatu
peperangan harta rampasan peperangan juga dibahagikan kepada mereka yaitu 4/5
perorangnya.
10.
Tentara
laut
Semenanjung tanah arab sebelum kedatangan Islam lagi amat masyhur
sebagai pusat perdagangan antarabangsa, yang menjadi perantara antara eropa
dengan timur. Dari segi geografi sendiri menunjukan ia dikelilingi oleh laut
Merah, Laut hindi dan Teluk Parsi. Bangsa arab kesimpulanya adalah bangsa
perdagangan dan pelayaran.
Terbukti
bahwa masyarakat arab telah pun menguasai laut sekaligus menguasai ilmu pelayaran.
Dilaporkan K. Ali bahwa umat islam telah dinasihatkan oleh Rasulullah s.a.w.
supaya berhijrah ke Habsyah dalam tahun ke-6 setelah seruan islam dijalankan
oleh Rasulullah s.a.w. yang berjumlah 15 orang itu, tiba ke Habsyah melalui
jalan laut ialah menumpang dua kapal dagangan arab yang kebetulan hendak
beniaga ke Habsyah.
Dizaman
khulafa al-Rasyidin wilayah Islam semakin bertambah luas sampai ke Mesir,
seluruh teluk Persi dan sebagainya. Dizaman merekalah umat Islam menguasai
pelabuhan seperti Oballah di teluk Parsi yang sibuk disinggahi oleh pedagang
yang membawa barang dagangan ke India dan China. Begitu juga umat Islam
kemudianya menguasai laut merah laut Mediterranian. Untuk meluaskan lagi
menentang kekuasaan Rom dan sebagainya.
Pada
mulanya Umar sendiri enggan untuk menggunakan angkatan tentaranya melalui laut
untuk menewaskan tentara Rom yang menguasai laut ketika itu. Cadangan itu
pernah dikemukakan oleh Mua’wiyah ketika menjadi gubernur di Syria dan
menghadapi serangan tentara Rom dari laut.
Tetapi
Umar mengubah fikiranya apabila negara islam memerlukan bekal makanan dari
Mesir. Jalan darat bukan saja jauh tetapi memakan masa yang amat panjang. Oleh
itu beliau telah menggali terus sejauh 69 batu dari sungai Nil ke Laut Merah.
Sebanyak 20 buah kapal boleh berlayar, diterusan tersebut membawa makanan dari
Mesir ke laut Merah dan sampai di Madinah dengan selamat.
Dilaporkan
oleh Profesor K. Ali bahawa serangan tentara Islam melalui laut buat pertama
kali dilancarkan dibawah pemerintahan Umar yang diketuai oleh al-Ala bin
al-Hadrami, menentang tentara Persi. Tetapi serangan laut ini dilakukan tanpa
mendapat restu dari Umar. Zaman penguasaan laut tentara Islam dalam arti kata
yang sebenarnya bermula dalam masa pemerintahan Osman. Panglima laut Islam yang
pertama ialah Abdullah bin Qays Harith yang pernah melancarkan 50 serangan
keatas beberapa sasaran tentaa Rom. Serangan tentara Islam selanjutnya
dilancarkan oleh Muawiyah dan Abdullah yang melancarkan serangan keatas Cyprus
dalam tahun 28 H dan laut Mediterranian secara beransur-ansur dapat dikuasai
oleh Islam. Hakim telah melantik Osman sebagai gubernur di Bahrain dan
diarahkan supaya menyediakan kelengkapan angkatan tentara laut untuk menyerang
India. Beberapa pelabuhan India telah diserang oleh beliau seperti Thana,
Bahroch dan sebagainya. Mughirah bin Abi al-As telah diutuskan mengelepalai
satu pasukan tentara laut untuk menyerang Dabul pelabuhan Sind.
11.
Baitulmal
Hailani Muji Tahir didalam bukunya Baitul Mal : Institusi Keuangan
Negara Islam, menjelaskan bahawa institusi keuangan Islam Dalam bentuk Baitul
Mal secara resmi dtumbuhkan pada zaman pemerintahan Umar. Ini tidak pula
berarti bahwa dizaman Rasulullah dan Abu Bakar tidak terdapat sebarang
institusi keuangan. Sebenarnya secara tidak resmi institusi keuangan dalam
bentuk baitul mal telah wujud dizaman Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar. Tetapi
Baitul Mal dalam arti kata yang sebenarnya belum lagi wujud kerana hasil negara
Islam belum berkembang.
Dimana
kita dapati sumber pendapatan negara dalam bentuk zakat, jizyah dan lain-lainya
tidak disimpan lama. Dalam arti kata lain pendapatan negara Islam dizaman
Rasulullah
s.a.w. dan Abu Bakar dibelanjakan sepenuhnya tanpa ada lebihan. Inilah faktor terpenting
mengapa institusi keuangan dalam bentuk. Baitul Mal tidak timbul dizaman
mereka. Pengluasan jajahan takluk Islam begitu mendadak sekali dizaman Umar
disegenap penjuru alam. Implikasi dari penaklukan ini mendatangkan hasil dalam
bentuk uang. Bagi melicinkan pentadbiran negara Islam cadangan telah
dikemukakan oleh Khalid bin Walid kepada Umar agar menumbuhkan satu institusi
keuangan negara yang bertanggungjawab menguruskan harta negara Islam. Pada masa
itu perbendaharaan ini dikenali sebagai diwan dan khazanah yang kemudianya
dikenali sebagai Baitul Mal.
Institusi
Baitul Mal kemudianya berkembang luas sehingga setiap wilayah Islam menubuhkan
Baitul Mal sendiri sebagai cabangan Baitul Mal yang yang berpusat diMadinah.
Sejak itulah Baitul Mal berfungsi sebagi agen yang menguruskan harta negara
Islam dan membelanjakan untuk kepentingan rakyat dan negara Islam selaras
dengan aqidah, syariah, dan akhlak.
12.
Pentadbiran
cukai
Sumber pendapatan negara Islam dizaman khulafa al-Rasyidin adalah
sama dengan zaman Rasulullah s.a.w. yang bergantung kepada zakat, jizyah,
kharaj, ghanimah dan fay. Hasil pendapatan negara dizaman Rasulullah dan Abu
Bakar tidaklah sebesar mana. Tetapi dizaman Umar pendapatan negara bertambah
besar dalam kadar yang amat pesat sekali yang tidak dapat dihabiskan. Maka itu
system pemungutan hasil diperlukan untuk mengemas pentadbiran hasil pendapatan
negara.
Sejak
itu Umar memberikan perhatian yang khusus dan serius didalam pentadbiran
pemungutan cukai berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh
Rasulullah dan Abu Bakar. Jenis cukai yang baru juga telah diperkenalkan oleh
Umar seprti Usyr( upeti ). Ia adalah sejenis cukai yang dikenakan kepada
saudagar-saudagar yang bukan beragama Islam. Kadar yang dikenakan ialah 10%
keatas barang dagangan mereka.
13.
Keadaan
Sosial
Khulafa al-Rasyidin menjadi contoh dan teladan yang terbaik dizaman
mereka. Kerana mereka hidup dalam keadaan sederhana dan jujur Mereka tidak
mempunyai istana dan bangunan pemerintahan atau pentadbiran. Mereka tinggal
didalam rumah yang kecil dan bekerja sendiri untuk mencari rezeki. Mereka tidak
memakai pengawal keselamatan sehingga ada diantara mereka yang mati ditikam.
Mereka tidak berasa malu untuk melakukan kerja kebajikan dan bercampur gaul
dengan masyarakat biasa. Pintu rumah mereka senantiasa terbuka untuk menerima
pengaduan seluruh rakyat tanpa mengira miskin, kaya, cantik, berpangkat, bodoh
atau hina. Mereka hanya mengambil sedikit saja dari baitulmal untuk kegunaan
mereka. Hati mereka dikhususkan untuk beribadat dan berbakti kepada Allah SWT.
Mereka berpakaian dalam keadaan yang paling sederhana. Pakaian orang arab Badwi
ialah memakai pakaian yang berjubah panjang dan tali pinggang yang diperbuat
daripada kulit. Pada jubah mereka terdapat bulu unta. Dimedan peperangan mereka
memakai serban sepertimana yang dipakai oleh kebanyakan orang arab. Kedudukan
wanita dizaman al-Rasyidin amat mulia dimana mereka amat berhak untuk mewarisi
harta ibu bapa dan suami. Mereka juga diberi hak untuk menerima atau menolak
calon suaminya. Mereka juga bebas bergerak dalam masyrakat dalam keadaan
memelihara akhlak Islam seperti menutup aurat dan sebagainya malah mereka turut
serta dalam peperangan. Poligami dikatakan wujud tetapi dalam keadaan yang
sehat. Sistem perhambaan terus menerus dihapuskan dizaman khulafa al-Rasyidin.
Referensi
:
Ø Profesor k. Ali.2002. definisi politik dalam islam.penelusuran
google.
Ø Mercecuar.2010. sejarah politik di zaman rosulullah dan sahabat.
Penelusuran google.
Ø Kajian islam.2006. Apa itu politik dalam islam. Penelusuran google.
Ø Kajian islam.2006. dalil dan landasan berpolitik dalam islam.
Penelusuran google.