·
Dalil
tentang rukun iman
" Wahai orang-orang yang
beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab
Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada
Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan siapa yang kufur
( ingkar ) kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan
Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan
kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)
·
Percaya
kepada Qada' dan Qadar
Kewajipan beriman kepada Qada' dan
Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa'. Namun
begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di
dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain yaitu:-
" Tidak ada sesuatu kesusahan
(atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri
kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami
menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa
yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan
bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah
Al-Hadid: 22-23)
·
Dalil
tauhid kepada ALLAH
"Sesungguhnya telah kafirlah
orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada
yang tiga (oknum triniti)", padahal sekali-kali tidak ada tuhan selain
dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan
itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang
pedih." (Surah Al-Ma’idah: 73)
Allah ,(Bahasa Arab: الله Allāh), adalah
perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Perkataan
Allah berasal dari gabungan Al ilah Ilah berarti Tuhan maka Al dengan Ilah
hasilkan perkataan Allah bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah adalah kata
ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah
mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah
banyak dikenalkan didalam ajaran Islam, namun masyarakat Arab Kristian dan Arab
Yahudi juga menggunakannya. Bagaimanapun kini, masyarakat Arab Kristian cuba
menjauhkan penggunaan perkataan Allah dalam kitab suci mereka.
Perkataan Allah tidak boleh
digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina,
atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari
dua perkataan Arab, (Al-) yang memberi arti khusus dan (-ilaah) memberi arti
Tuhan. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa
perkataan "Allah" itu kata khusus dan bukan terbentuk dari
"al" dan "ilaah". Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu
ialah Tuhan yang Esa.
Mengikut kepercayaan Islam, Allah
ialah Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama
yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum
kedatangan Muhammad. Islam menolak penjelmaan Tuhan di dalam rupa bentuk
manusia atau sesuatu apa jua pun.
Dari segi teknikal linguastik,
perkataan Allah adalah jamid yaitu ia unik tidak diambil dari mana-mana
perkataan. Perkataan Allah bukan terbina dari "al-ilaah" sebagaimana
yang dianggap oleh kebanyakan orang. Kerana itu perkataan Allah adalah khusus
dan bebas. Dua abjab pertama yaitu "Al" dalam perkataan
"Allah" tidak dapat dipisahkan dengan yang lain. Ia bukan seperti
artikel pasti (definite article) "al-" dalam bahasa Arab (yang sama
seperti "the" dalam bahasa Inggeris). Menurut tatabahasa Arab,
perkataan "Allah" ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki,
diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah
bebas dari segi struktur tatabahasa dan maknanya.
Jika "Al" di dalam
perkataan Allah adalah awalan tambahan, sebutan biasa "Ya Allah"
adalah salah dari segi tatabahasa Arab kerana bentuk "Ya Al-Rahman"
atau "Ya Al-Ilah" tidak dibenarkan dalam Bahasa Arab. Lagipun dengan
mengatakan "Al-" sebagai awalan bermakna ada banyak tuhan yang berbeda
yang boleh dipanggil Alihah (jamak bagi ilah). Ini tidak betul kerana Allah
selama-lamanya nama bagi Tuhan yang Esa dan tidak pernah digunakan ke atas
sesiapa kecuali Tuhan yang Esa. Arab musyrikin mempunyai banyak ilah atau tuhan
tetapi tiada satu pun yang dipanggil Allah.
·
Persoalan
tentang Pencipta (Tuhan)
Apabila kita melihat kepada segala
sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak
azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu
tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang
terbatas pasti diciptakan oleh sesuatu yang lain. Sesuatu yang lain inilah yang
disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.
Dalam menentukan keberadaan Pencipta
ini akan kita dapati tiga kemungkinan.
Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain.
Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri.
Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud.
Kemungkinan pertama bahawa Ia
diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima
oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula
dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya
sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat
yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh
kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. Dialah Allah SWT.
·
Tauhid
dan Keesaan Allah
Beriman kepada Allah adalah Rukun
Iman yang pertama. Beriman kepada Allah merangkumi tiga aspek keimanan yaitu:
Tauhid Ar-Rububiyyah
Tauhid Al-Uluhiyyah
Tauhid Al-Asma' Was-Sifat
·
Tauhid
Ar-Rububiyyah
Ia ialah pengesaan Allah dengan
penciptaan, kerajaan dan pentadbiran firman Allah: "Adakah lagi pencipta
selain daripada Allah? Dia memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi.
Tidak ada Tuhan melainkan Dia" [Fatir: 3], dan berfirman Allah: "Maka
adakah siapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka
tidakkah kamu semua ingat?" [An-Nahl: 17]
·
Tauhid
Al-Uluhiyyah
Ia ialah pengesaan Allah dengan
penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah
sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah
Allah Ta`ala dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang
orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan
menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah
tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya
kitab-kitab.
·
Tauhid
Al-Asma' Was-Sifat
Lihat juga Asmaul Husna
Lihat juga Sifat-sifat Allah
Ia ialah pengesaan Allah dengan
apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya
dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Rasulullah; dan hal itu ialah
dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang
Allah – subhanahu wata`ala – sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian
dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindahan dan tanpa penyerupaan ini
adalah metode yang di gunakan oleh ulama slafusoleh dan boleh juga di Takwil
mengikut metode yang di gunakan oleh ulama Khalaf.
Aqidah tauhid (monotheism) adalah
aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklah Nabi Nuh, Ibrahim,
Daud, Sulaiman, Musa dan Isa. Manakala Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul
terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan
manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.
Sifat-sifat Allah yang wajib
diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20
sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Sifat Allah ini
bukan sesuatu yang baru atau di ciptakan oleh ulama mutakallimin. Ia sudah
terkandung dalam Quran dan Hadith dan juga Ulamak tabien Imam Abu Hanifah dalam
kitab fiqhul Akhbar menyatakan 13 sifat bagi Allah.
·
Malaikat
Kata malaikat merupakan jamak dari
kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan.
Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah
Allah.
Malaikat dalam Islam, merupakan
hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan
terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau
isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan
tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang
dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut
menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan
mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang
bergerak laju).
Muslim wajib beriman kepada malaikat
dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال).
·
Beriman
dengan tafsil
Beriman dengan tafsil adalah beriman
akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka
itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah
malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.
·
Malaikat
wajib
Di antara para malaikat yang wajib
setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah:
Nama Arab Tugas
Jibrail جبرائيل/جبريل Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail ميكائيل Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil إسرافيل Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah
di hari Akhirat[1]
Izrail عزرائيل Mencabut nyawa.
Munkar منكر Menyoal mayat di dalam kubur.[2]
Nakir نكير Menyoal mayat di dalam kubur.[3]
Ridhwan رضوان Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik مالك Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli
neraka.
Raqib رقيب Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid عتيد Mencatat segala perlakuan buruk manusia.
Dari nama-nama malaikat di atas
lebih tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98
dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al
Hujurat). roqb dan atid, ma yalfizu min qoulin illa ladaihi roqib wa atid.
(lihat alquran ) Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.
Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak
ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama
malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya
disebut Malaikat Maut.
Walau namanya hanya disebut dua kali
dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an
dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.
Selain dari sepuluh malaikat ini
terdapat beberapa malaikat yang tidak diketahui berapa banyak bilangannya melainkan
Allah s.w.t.Salah satu daripada mereka diberi nama Zabaniyah yang merupakan
malaikat Allah s.w.t yang ditugaskan untuk membawa ahli neraka ke neraka dan
menyeksa mereka serta menyeksa dan menangkap Iblis ketika ketibaan
sakaratulmaut Iblis,umumnya malaikat Zabaniyah diberikan tugas untuk melakukan
azab-azab tertentu dengan perintah Allah s.w.t.Malaikat-malaikat juga
diturunkan Allah s.w.t ketika umat Islam berperang membantu tentera Islam
sehingga tentera kafir gentar melihat bilangan tentera Islam yang banyak.
·
Beriman
dengan ajmali
Beriman kepada malaikat yang ajmal
ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat
yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak
diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.
Antara malaikat yang wajib diketahui
secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat
malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya
lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga
manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam
bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib
diketahui ialah:
Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak
bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat
jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk
Malaikat Harut dan Marut
Dalam Islam, Iman kepada malaikat
adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan
membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat
bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan
difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para
nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah
SWT.
Iman kepada malaikat merupakan Rukun
Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat
dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang
beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim,
Rasulullah bersabda:
Iman itu ialah engkau beriman kepada
Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari
akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat
Muslim)
·
Sejarah
Malaikat
Malaikat telah lama wujud atau
diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga
yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk
dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.Malaikat pertama yang diutuskan Allah
s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya
gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak
mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan
manusia.Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail,dengan taat dan tanpa menghiraukan
tangisan tanah,maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah
s.w.t.Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat
pencabut nyawa-"Malaikatul Maut".Tugas ini ditolak Izrail kerana
sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi
jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar
Izrail tidak dipersalahkan.
Sebelum Iblis direjam dan dilaknat
oleh Allah s.w.t,Iblis merupakan ketua yang memimpin para malaikat di
syurga.Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat
mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun mereka telah diberi
keampunan oleh Allah s.w.t.
·
Kitabullah
Kitab (Bahasa Arab: کتاب) salah satu daripada Rukun Iman di dalam
agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.
Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para
nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan
kitab Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimani adalah:
Taurat: diturunkan kepada Nabi
Musa a.s.
Zabur: diturunkan kepada Nabi
Daud a.s.
Injil: diturunkan kepada Nabi Isa
a.s.
Al-Quran: diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran
telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi
merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab
yang terdahulu.
·
Iman Kepada Kitab
Iman terhadap Kitab-Kitab Allah SWT dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika
yang dimaksud adalah Iman terhadap Al-Quran maka dalilnya aqli, kerana Al-Quran
dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran dapat
diindera sepanjang zaman.
Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap kitab-kitab selain Al-Quran,
seperti Taurat, Injil dan Zabur, maka dalilnya adalah naqli. Alasannya bahawa
Kitab-Kitab ini adalah dari sisi Allah SWT tidak dapat dijangkau
(keberadaannya) sepanjang zaman. Kitab-Kitab tersebut adalah dari sisi Allah
SWT dan dapat dijangkau keberadaanya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai
mukjizat. Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat
tersebut tidak boleh dijangkau oleh orang-orang (pada masa) setelahnya.
Namun sampai kepada kita berupa berita yang mengatakan bahawa kitab
tersebut berasal dari Allah SWT dan diturunkan kepada Rasul. Kerana itu
dalilnya naqli bukan aqli, kerana akal - di setiap zaman - tidak mampu
menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam Allah SWT dan akal tidak mampu
mengindera kemukjizatannya.
Dalil aqli adalah dalil yang
bersumber dari akal (aqli dalam bahasa Arab = akal).[1] Allah S.W.T hanya
menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal, kerana hanya mereka yang
dapat memahami agama dan syariat-Nya.
Allah S.W.T berfirman: Ertinya :
“ "Dan
merupakan peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal." [Surah Shaad:
43]
Dalil naqli ialah dalil-dalil yang
bersumberkan dari Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas.
Percaya kepaada nabi - nabi
Nabi dalam Islam merujuk kepada
orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh
Allah sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang
diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat
pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan
untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya
sehingga hari kiamat. Selepas kewafatannya, tugasnya itu disambung oleh orang Islam
yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada Rukun Iman
yang kedua iaitu percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.
Iman terhadap para Rasul. Iman
terhadap Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan
Al-Quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.)
adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera Al-Quran dapat diketahui
bahawa Muhammad itu Rasulullah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan
setiap generasi.
Sedangkan Iman terhadap para Nabi
dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu
Mukjizat-Mukjizat mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang
sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang setelah mereka hingga zaman
sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut.
Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana itu
bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli.
Lain lagi bukti atas kenabian (Nabi
Muhammad s.a.w.) yang berupa mukjizat beliau. Mukjizat tersebut (selalu) ada
dan dapat diindera, iaitu Al-Quran. Jadi dalilnya adalah aqli.
·
Jumlah
Nabi dan Rasul
Tidak diketahui berapakah jumlah
para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 124,000 orang
manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 315 orang berdasarkan hadis oleh
Imam At-Tabrani yang meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa seorang laki-laki
bertanya (kepada Nabi Muhammad S.A.W),”Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang
nabi?” Baginda S.A.W menjawab,”Ya.” Kemudian orang itu bertanya,”Berapa masa
antara dia dengan Nuh?” Baginda S.A.W menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya
lagi,”Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda S.A.W menjawab,”10 abad.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?”
Baginda S.A.W menjawab,”315.” Orang-orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah
orang-orang yang boleh dipercayai.
·
Ulul
Azmi
Rencana utama: Ulul Azmi
Ulul Azmi adalah gelaran yang
diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana
ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam (Tauhid
al-Islami).
Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang
rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang
diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam
menyampaikan risalahnya.
Antara yang telah mendapat gelaran
Ulul Azmi adalah
Nabi Nuh a.s.
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Musa a.s
Nabi Isa a.s
Nabi Muhammad s.a.w
Susur galur Rasul utama menurut
tradisi Islam
Nabi
Adam a.s. (Adam)
Nabi
Nuh a.s.
Nabi
Ibrahim a.s.
Nabi
Ismail a.s.
Nabi
Ishak a.s. (Ishak)
Nabi
Musa a.s. (Musa)
Maryam
(Maryam)
Isa
Abdul
Muttalib
Nabi
Muhammad
Garisan bertitik menandakan susuran
jalur generasi yang panjang
Rasul yang wajib diketahui
Antara para nabi dan rasul yang
wajib orang Islam ketahui ialah:
Nabi Adam a.s. (Manusia pertama diciptakan oleh Allah)
Nabi Idris a.s.
Nabi Nuh a.s.
Nabi Hud a.s.
Nabi Saleh a.s.
Nabi Ibrahim a.s. (bapa kepada Nabi Ismail a.s. & Nabi Ishaq a.s.)
Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ishaq
a.s.)
Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.& saudara tiri Nabi Ismail
a.s.)
Nabi Ya'akub a.s. (anak Nabi Ishaq a.s.)
Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya'akub a.s.)
Nabi Ayub a.s.
Nabi Syu'aib a.s. (bapa mertua Nabi Musa a.s.)
Nabi Musa a.s. (saudara Nabi Harun a.s.)
Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
Nabi Zulkifli a.s.
Nabi Daud a.s. (bapa Nabi Sulaiman a.s.)
Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
Nabi Ilyas a.s.
Nabi Ilyasa’ a.s.
Nabi Yunus a.s.
Nabi Zakaria a.s.
Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa
a.s)
Nabi Isa a.s.
Nabi Muhammad s.a.w. (Penghulu segala Nabi & Rasul, juga sebagai
Nabi & Rasulullah terakhir diutuskan Allah ke muka bumi)
Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan
diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa
mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari
kiamat.
Kepercayaan kepada hari akhirat
adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Nabi Ibrahim
a.s. atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.
Percayakan Hari Akhirat juga
merupakan salah satu dari Rukun iman bagi penganut agama Islam.
Hadis Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:
“ Dari
Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak di hari kiamat Allah
Tabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan
kanan-Nya. Kemudian Dia berfirman: Akulah Raja! (Penguasa) Manakah dia
raja-raja di bumi? ” Hadis riwayat Imam Muslim.
Tanda-tanda Kiamat menurut agama
Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat.
Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda
besar.
Isi kandungan
1 Tanda-tanda besar
2 Tanda-tanda kecil
3 Rujukan
4 Pautan luar
·
Tanda-tanda
besar
Hijaunya bumi Arafah.
Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkawinan
tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
3 kali gempa bumi.
Bermulalah kekuasaan Dajjal.
Munculnya Imam Mahdi.
Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
Matahari terbit dari ufuk barat.
Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua
·
Tanda-tanda
kecil
Didapati kini bahawa seluruh
tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam
hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih
Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara
menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, yaitu
penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari”.
Zina bermaharajalela
“ "Dan
tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim ”
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
“ “Apabila
sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat
kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah
gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau
tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya
(jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran. ”
Bermaharajalela alat muzik
“ Pada
akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di
antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga
tidak baik
“ Tidak
akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad
dan Hakim ”
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
“ Diriwayatkan
dari Anas r.a.
"Selagi akan ada di akhir zaman
ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq." - Riwayat Ibn Ady ”
Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak
akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli
agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang
hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di
antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'
bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu
ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat
Thabrani ”
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]
“ "Sesungguhnya
di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad ”
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”
Bulan sabit kelihatan besar
“ Di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada
akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar
oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar
mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya
sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan
kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak
akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan
sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
Binatang buas berbicara dengan manusia Kisah serigala dengan gembala
kambing
Bulan terbelah dua - sila lihat Bulan Terbelah dua
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan
perdagangan)
“ Banyaknya
sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." -
Riwayat Bukhari ”
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan
muda
“ Pada
akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna
hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau
syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa
takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan
pengejek dalam masyarakat.
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan
hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
Orang akan melakukan homoseksual.
Akan terdapat ramai anak luar nikah. Abdullah Ibn
Mas'ood (R.A.)
Berkurangnya sifat amanah
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan
kejahatannya
“ Dari
Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum)
dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat
menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara
tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang
yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi
ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki
dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh
lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di
kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika
itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau
keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus
maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”
Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana
suara...
Penjualan jabatan atau kepemimpinan (politik wang)
Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah
bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul
enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis,
penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan
silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka
mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya
walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani
& Ahmad ”
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah
isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari
riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya
kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya
perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih
Lighairihi Riwayat Ahmad ”
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila
umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri
raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa
terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih
Abdullah ibnu Umar r.a.”
Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh
hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di
dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad,
Tarmizi, Ibnu Majah”
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak
akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka
ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat
Bukhari dan Muslim.
Banyaknya berlaku gempa bumi
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ "Kiamat
tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa
bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih
Bukhari
Banyak berlaku peperangan demi peperangan
“ Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a., "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah
ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku
'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai
Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".
- H.R. Ibn Majah
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa
melakukan solat
“ Masjid
dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan
At-Tayalisy.
Iman kepada qada dan qadar.
ada' (Bahasa Arab: قَضَاء, transl.: qaḍāʾ,
Melayu: kehendak (Allah)) dan Qadar (Bahasa Arab: قدر, transl.: qadr, Melayu: keputusan; takdir)[1] ialah
takdir ketuhanan dalam Islam.[2] Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun
Iman keenam. Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
Allah semata-mata.[3]Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama
mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman
azali, sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari
ketentuan tersebut".
Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan
bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman?
Baginda s.a.w menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada
Hari akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan
adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka,
Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik
atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman?
rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah
beriman. Hadith Musnad Ahmad.
Sebagai seorang Islam, wajiblah
Muslim Yakin bahawa segala apa yang kita hendak laksanakan tidak mampu untuk
buat melainkan dengan adanya Izin Allah. Seseorang hendak buat baik atua buruk
perlukan Izin Allah. Ataupun apa yang di rancangan Manusia hanya akan terlaksana
jika di takdirkan Allah. Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan apa yang kita
hendak ada takdir yang selari dengan kehendak kita. Lahir di perut siapa
ketrunan apa dan sebaginya bukan sesuatu di atas pilihan kita. Ada takdir yang
selari dengan kehenadak kita seperti pilhan buat baik atau jahat. kita
berkehendak buat jahat kadang Allah izinkan dan kadang Allah tidak Izinkan.
sebab itu ia di Hisab sebab perbuatan itu atas pilihan kita dan dengan Izin
Allah sebab itu juga buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa.
Percakapan biasa dalam Bahasa Melayu "kita hanya merancangn Tuhan yang
tentukan". Namun yakini baik dan buruk dari Allah adalah Rukun Iman
Maka segala perbuatan telah
ditakdirkan tidak akan berlaku perubahan sedikitpun di atas apa yang tertulis
di Lauhul Mahfuz. Maka usaha itu adalah perkara asing, manusia perlu berusaha
bukan sebab usaha itu akan mengubah takdir tetapi sebab tidak ada orang yang
mengetahui apa yang ditakdirkan oleh Allah.
Allah berfirman:
وَاللهُ
خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ:
“Allah menciptakan kalian dan Allah menciptakan perbuatan kalian”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إن
الله صانع كل صانع وصنعته
“Sesungguhnya Allah pencipta setiap
pelaku perbuatan dan perbuatannya” (HR. Al Baihaqi, Syu’abul Iman, No. 188.
Dishahihkan Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah No. 1637, Al Hakim juga
menshahihkan, dan disepakati Adz Dzahabi)
Allah juga berfirman lagi:
قُلْ
فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ:
“Katakan! Allah mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat, maka jika Dia
menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya.
Maka boleh difahami disini ayat
quran di atas bukan bererti secara mutlak usaha itu akan mengubah takdir tetapi
usaha yang kita lakukan adalah apa yang Allah telah takdirkan dan juga hasil
dari usahapun seperti apa yang Allah takdirkan.
Boleh berlaku kita nak pergi
menunaikan Haji tetapi Allah tidak takdirkan kita untuk pergi menunaikan Haji
sedang kita dah berazam maka pada kedaan ini kita perlukan izin Allah untuk
lakukan walaupun perkara baik. Dalam kata lain Allah tidak takdirkan kita untuk
pergi Menunaikan Haji sedang pahala bagi haji yang sempurna akan di perolehi
kerana niat itu. Begitu juga dalam keadan satu orang yang berazam sunguh-sunguh
untuk mencuri; tetapi Allah tidak takdirkan dia untuk curi maka dia tetap tidak
akan dapat mencuri tetapi dari segi dosa dia tetap akan dapat dosa seolah-olah
dia telah mencuri.
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku
pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda
kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:
Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya
engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari
Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan
Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu
manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan
suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka
berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak
mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah
tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah
kering (dakwatnya). Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis
Hasan Sohih.
Jadi tampa izin Allah tidak ada
apapun yang akan berlaku.
Maka disini akan timbul beberap
persoalan:
Adakah jadi jahat dan baik itu
ditakdirkan oleh Allah juga?
Maka jawapan adalah ia Allah
tetapkan namun perlu diingat apa yang Allah takdirkan itu bukanlah sesuatu yang
bercanggah dengan kehendak hamba itu. Maka satu orang jadi jahat dan baik
kerana kehendak dia dan Allah takdirkan dia jadi jahat atau baik bersamaan
dengan kehendak hamba-Nya itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar